EMAS BUAT ISTERI

Cantik ke cantik? :)

Assalamualaikum semua. Saya doakan anda kaya dan berjaya.

Anda pernah lihat sebelum ni pengantin jadikan dinar emas sebagai hantaran atau mas kahwin?

Izinkan saya berkongsi bersama anda pengalaman membantu seorang pelanggan dan rakan kongsi saya menggunakan dinar untuk majlisnya hujung bulan 2 ini nanti.

DINAR SEBAGAI MAS KAHWIN DAN HANTARAN

Orang Islam dulu-dulu kahwin mesti dengan emas. Sebab tu dipanggil 'mas kahwin', bukan 'duit kahwin'. 

Semua maklum, emas ni sifatnya semakin lama semakin 'berkembang'. Duit pula sifatnya semakin lama semakin 'menurun'.

Dengan menggunakan emas, kita boleh ambil tafaaul atau ambil tuah sifat emas itu. Cuma jangan pula mengatakan orang lain mengambil malang dari sifat wang kertas yang sentiasa jatuh.

Sabda Nabi SAW: Tidak ada jangkitan penyakit (tanpa kehendak Allah) dan tidak ada sial/malang. Yang membuatku kagum adalah al-fa’lu. 

Para Sahabat bertanya: "Apa itu al-fa’lu?" Rasulullah bersabda: "Al-fa’lu itu adalah ucapan/harapan yang baik." (R. Bukhari)

Mungkin sebab itu juga, keluarga orang dulu berkembang sungguh anak-anaknya. Beranak saja berpuluh orang.

Berkembang pula kasih sayang. Hingga ke tua tak malu pun berpimpin tangan.

Berkembang harta. Makin lama makin senang berharta sedangkan kerja kampung biasa saja.

Berkembang usia perkahwinan juga. Hingga bercucu cicit, kedua-duanya masih ada, sihat wal afiat adanya.

Ambil tuah ini sama seperti kita berakikah dengan masakan yang manis dengan harapan anak menjadi manis rupa dan akhlaknya.

TREND ATAU AGAMA?

Hantaran emas atau mas kahwin hari ini semakin popular. Tapi saya tidak lihat ia sebagai satu trend baru. Bahkan dari sudut positifnya, ia lebih dekat kepada Islam.

Sebab itu Imam Malik menetapkan dalam mazhabnya sejak berkurun lamanya dulu, 

"Aku tidak setuju jika wanita dapat dinikahi dengan (mas kawin) kurang dari seperempat (suku) Dinar. Itu adalah jumlah terendah, yang (juga jumlah terendah) untuk mewajibkan pemotongan tangan (kerana mencuri)".

BERAPA ANGGARAN BAJET MAS KAHWIN?

Bajet mas kahwin sama sahaja jika dikiaskan kepada wang. Contohnya seperti di Selangor, mas kahwin yang ditetapkan sekitara RM300.

Tukar sahaja kepada emas. Anda akan dapat lebih kurang 1.5g emas pada harga hari ini. Jika bajet lebih, tidak salah beri mas kahwin lebih banyak kepada bakal isteri.

Kurangkan hantaran (hadiah kahwin) dan lebihkan mas kahwin. Itu lebih baik. 

Kerana hantaran biasanya bukan milik 100% bakal isteri tapi perkongsian milik antara bakal isteri dan keluarganya. 

Berbeza dengan mas kahwin yang 100% adalah milik bakal isteri. Jadi beratkanlah mas kahwin dan ringankanlah hantaran.

Jika di tempat anda hantaran itu juga dimasukkan dalam mas kahwin yang disebut ketika akad, itu lebih mudah.

PILIHAN PENGANTIN

Bajet pasangan muda ni pula sekitar RM2000 untuk mas kahwin. Mereka bertanyakan saya bagaimana untuk cukupkan bajet ini dengan dinar.

Untuk keuntungan maksimum tentulah saya cadangkan mereka menjadi ahli terlebih dahulu. Pakej sederhana yang dipilihnya RM450 dengan PERCUMA 1/4 dinar (1.0625g)

3 pilihan saya berikan. Saya susun dan ringkaskan seperti ini.

1- Menjadi ahli + Ambil sekeping 2 dinar = RM 1950 dengan berat emas 9.625 gram ATAU

2- Menjadi ahli + Ambil 2 keping emas 1 dinar - RM 1970 dengan berat emas 9.625 gram juga ATAU

3- Menjadi ahli + Ambil 8 keping emas 1/4 dinar - RM 2000 dengan berat emas 9.625 gram juga.

Berat sama cuma harga dan bilangan emas berbeza. Perlu anda tahu, semakin kecil dan semakin cantik tempaan emas, harga lebih tinggi.

Tapi jangan risau. Emas Power Gold masih dalam harga kilang yang super jimat jika dibanding dengan harga pasaran.

Pilihan pengantin untuk dibuat mas kahwin adalah yang ketiga. Ada 9 keping 1/4 dinar. 8 keping dari belian dan 1 keping dapat secara PERCUMA dengan menjadi ahli.


Kenapa? Senang untuk diframekan dan kelihatan lebih cantik. :)

BOLEH KE BUAT MAS KAHWIN/HANTARAN DENGAN BAR EMAS?

Boleh saja kalau nak dan berkenan dengan emas jenis bar. Anda boleh pilih bar dari seberat 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram atau 100 gram sebagai pilihan.

Sebelah kanan 1 gram dalam bentuk bar.
Sebelah kiri, 1/4 dinar (1.0625g)

Cadangan saya, ambil yang paling ringan dengan beberapa bilangan supaya senang untuk disusun dan diframekan. :)

BAGAIMANA DENGAN AKAD NANTI?

Ini antara soalan feveret bakal pengantin. Lelakilah terutamanya. Sebab mereka yang perlu berjabat tangan dengan bakal bapa mertua atau kadi di hari bahagia nanti.

Ini contoh lafaznya:

"Aku terima nikahnya (nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin 3 dinar tunai."

Ini lafaz untuk mereka yang gunakan dinar sebagai mas kahwin. Sebut BILANGAN sahaja. Tak perlu sebut beratnya.

Ada sesetengah kadi suka panjangkan. Dia akan tambah "...... yang senilai RM 2175 tunai."

Secara asasnya, tambahan ini tidak tepat kerana harga emas naik dan turun tidak kira masa. Tidak menyebutnya adalah lebih baik untuk elakkan kekeliruan.

ATAU 

"Aku terima nikahnya (nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin 50g emas tunai."

Ini lafaz untuk mereka yang gunakan bar emas sebagai mas kahwin. 

Sebut BERATNYA saja tanpa perlu sebut bilangannya. Juga tidak perlu disebut nilai semasanya untuk elakkan kekeliruan juga.

Apa pun sebaiknya, bincang dahulu tentang akad ini dengan kadi ye. Kerana ada juga kadi yang belum terbuka untuk menerima emas sebagai mas kahwin atas faktor kekurangan ilmunya atau pengalamannya.

Jadi, slow talk elok-elok. Persediaan ni untuk elakkan kelam-kabut pada hari majlis nanti.


Jadi untuk mereka yang hendak jadikan emas sebagai mas kahwin atau hantaran, boleh dapatkan bimbingan dari kami dengan harga emas yang lebih jimat.

Boleh hubungi kami untuk khidmat nasihat PERCUMA ye.

Wafiq-i Gold
Jom Simpan Emas Fizikal
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga

Share on Google Plus

About Unknown

Penulis merupakan stokis emas Power Gold yang membuka peluang kepada semua untuk membeli emas dengan harga jimat dan menyediakan peluang biz emas fizikal di Malaysia.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...